PEKERJA DIPECAT TANPA SEBAB LOGIK. WAJARKAH?

Pekerja dipecat tanpa sebab kukuh ini merupakan isu sangat penting melibatkan hak pekerja ketika bekerja.

Bagaimana perasan anda, jika anda kenal seorang rakan yang merupakan seorang pekerja yang berdedikasi, tiba-tiba pekerja dipecat daripada berkhidmat dengan alasan yang paling tidak logik untuk difikirkan. Majikan tidak boleh sesuka hati memecat pekerja hanya kerana etika atau prinsip hidup yang berbeza. Bagi menjunjung keluhuran perlembagaan, majikan dan pekerja perlu sentiasa tertakluk kepada peruntukan undang-undang. Majikan tak boleh dengan sengaja dan secara semberono memecat pekerja.

Ya! Kadang-kadang situasi yang biasa-biasa boleh menjadikan ia kekusutan yang rumit. Majikan tak semestinya sentiasa betul. Pekerja perlu berani mempersoalkan.

Pekerja dipecat
Majikan akan akur kepada hak pekerja jika pekerja yang menuntut haknya.

Sebagai contoh; pekerja dipecat kerana berpegang kepada prinsip beragama. Anda masih ingat lagi kes seorang penyelia JD Sports yang melarang pekerja untuk tunaikan solat? Ancaman untuk pekerja dipecat telah diterima kerana permintaan mereka masa yang mencukupi untuk menunaikan solat. Baik, kes ini bagus untuk diperhatikan, apabila pekerja ambil tindakan mengadu kepada pihak berkuasa. Akhirnya, penyelia pula yang dipecat kerana melanggar polisi syarikat. Majikan tak boleh halang pekerja untuk tunaikan tanggungjawab beragama.

Bukan itu sahaja, majikan tidak boleh semena-mena bertindak mengarahkan pekerja dipecat biarpun tidak bersetuju dengan disiplin atau kualiti kerjanya. Kalau pun pekerja tersebut culas dalam kerjanya, majikan perlu mengikut prosedur yang betul. Pernah ada kes di mana 6 buah syarikat memecat pekerjanya hanya kerana bermain permainan Pokemon Go di pejabat. Kalau nak diikutkan, memanglah. Kenapa nak simpan pekerja yang malas, bukan? Tapi, majikan tetap tak boleh berbuat sesuka hati. Pekerja dipecat tanpa sebab musabab yang relevan dan prosedur yang betul perlu bangkit membela diri.

Pekerja dipecat
Main Pokemon Go di waktu bekerja adalah sangat tak wajar. Janganlah diamalkan.
Baik. Kalau kes begini? Katakan, majikan anda seorang wanita. Beliau hulurkan tangan untuk bersalam, tetapi, anda menarik tangan dan letakkan ke dada. Seperti penganut agama Islam lain, anda menjaga batas aurat dalam pergaulan di pejabat.  Anda percaya, bahawa prinsip anda yang tidak mahu bersentuhan tangan dengan wanita bukan muhrim itu benar di sisi anda.

Majikan wanita tadi terasa hati, lalu, mengambil tindakan memberhentikan khidmat anda dengan notis 24 jam. Anda terkejut seperti mana-mana pekerja dipecat serta-merta. Adakah majikan tadi boleh sesuka hati memecat anda?

Jawapannya, mestilah tak boleh! Sudahlah diberi notis singkat, dipecat pula dengan sebab yang relevan dengan prestasi kerja.

Untuk kes majikan terasa hati sebab tak mahu bersalaman ni, majikan perlu bertindak ikut langkah yang betul. Kami cuba senaraikan sebaiknya:

LANGKAH MAJIKAN MENYELESAIKAN MASALAH PEKERJA

1) Majikan panggil pekerja bertemu dan berbincang secara berdepan untuk selesaikan kekeliruan
Dalam kes bersalaman tadi, sepatutnya bukan notis 24 jam yang dikeluarkan. Tetapi, notis ajak berjumpa di bilik majikan. Kekeliruan perlu diperjelaskan dan kekusutan perlu diluruskan.
2) Majikan beri peluang kepada pekerja membela diri
Pekerja ada hak membela diri mengapa beliau benar-benar berpegang teguh kepada prinsipnya. Majikan perlu mula melihat masalah dari kaca mata yang pelbagai. Mungkin pekerja ada sebab-sebab yang perlu dihormati.
3) Majikan nilai situasi yang bermasalah dengan kaca mata bersolusi
Majikan yang baik adalah majikan yang sentiasa menjadikan keadaan bermasalah itu mudah diselesaikan. Janganlah terlalu layankan emosi dan perasaan sendiri. Lihat dari kaca mata yang memberikan solusi dan menolak prestasi ke hadapan.
4) Majikan beri pedoman yang boleh mengharmonikan suasana
Majikan perlu cadangkan pekerja masuk kursus yang melatih skil komunikasi dengan lebih baik. Ada banyak cara yang boleh dipelajari untuk berkomunikasi dalam dunia korporat seiring menjaga kemurnian prinsip beragama yang dipegang pekerja.

TAPI, KALAU PEKERJA DIPECAT JUGA TANPA SEBAB MUSABAB YANG RELEVAN?

Pekerja dipecat
Aduhai, benda senang boleh ‘settled’, jadi, rumit pula
Pekerja jangan duduk diam. Dalam tempoh 60 hari, anda perlu bertindak segera. Ambil tindakan yang sewajar. Ikut langkah di bawah:

1) Lihat tarikh berkuatkuasa surat penamatan kerja. Apakah ia notis 24 jam? Atau Notis 1 Bulan?

2) Jika ditamatkan 24 jam, pada keesokan hari boleh buat laporan pembuangan kerja di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).
3) Jika ditamatkan dengan notis selama sebulan, maka, teruskan bekerja sehingga hujung bulan. Rancang untuk berjumpa JPP di setelah benar-benar diberhentikan
4) Pergi buat laporan di JPP. Bawa sekali surat pemecatan. Biar JPP semak sama ada berada dalam tempoh 60 hari yang dibenarkan atau tidak.
5) Jangan kata anda nak berhenti. Pertahankan kewajaran anda perlu terus bekerja.
6) JPP akan mengadakan genjatan senjata antara kedua-dua pihak (pekerja dan majikan). Tiada peguam dibenarkan untuk
campur tangan pada peringkat ini. JPP akan buat pertemuan bersama Majikan dan Pekerja.
8) Anda perlu pertahankan diri depan majikan kenapa anda perlu terus bekerja.
9) Sekiranya keadaan masih tegang dan tidak boleh berunding, JPP akan bawa kepada Kementerian Sumber Manusia (untuk kemukakan kes tu ke Mahkamah Perusahaan).

10) Di Mahkamah Perusahaan, anda akan membela diri sendiri depan hakim. Mahkamah akan memastikan sama ada anda memang teraniaya dan mengemukakan penyelesaian samada terus bekerja atau diberi pampasan.

BERAPA PAMPASAN YANG LAYAK BUAT PEKERJA DIPECAT DENGAN TIDAK ADIL?

Pekerja dipecat
Pekerja bijak adalah pekerja yang tahu hak

Peguam Arumugam Ganapathy berkata, seorang pekerja boleh diberikan jumlah penuh pampasan berdasarkan kadar gaji sebulan bagi setiap tahun tamat perkhidmatan. Sebagai contoh; seorang pekerja yang telah bekerja selama 30 tahun boleh diberikan gaji selama 30 bulan gaji sebagai ganti untuk pengambilan semula bekerja.

Walau bagaimanapun, pampasan sebagai ganti pengembalian semula bukan diberikan oleh Mahkamah Perusahaan. Pekerja juga boleh terima backwages, iaitu gaji yang sepatutnya mereka terima kalau mereka tidak diberhentikan. Tarikh tu pula akan di kira dari tarikh kena buang sampailah tarikh yang di tentukan mahkamah. (Backwages ni boleh cecah sampai 24 bulan).

Menurut laman web SosCili.my, mana-mana pekerja boleh memfailkan tuntutan mahkamah. Tak kiralah berapa banyak gaji, berapa lama dah kerja, samada anda ahli persatuan pekerja atau tidak. Selagi anda merupakan seorang pekerja yang mengikuti undang-undang kat Malaysia ni, anda boleh membuat tuntutan termasuk jugalah warga asing yang bekerja di negara ini.

Leave A Reply