PENGERUSI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) BAHARU

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH! Tiga kali ucapan tahniah kita ucapkan. Ayuh sama-sama kita kalungkan penghargaan kepada Dr Hasnita Hashim atas lantikan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu berkuatkuasa 1 Oktober ini. Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini bakal dipengerusikan seorang WANITA yang pakar dalam PENTADBIRAN KORPORAT, NUKLEAR FIZIK dan KEWANGAN.

Padu! Tahniah Dr Hasnita. Semoga tegas menjaga amanah rakyat.

MARA, wanita, nuklear fizik, maybank
Semoga Dr Hasnita tegas menjaga amanah rakyat sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)!

PERTAMA; kita ucapkan tahniah kerana beliau mewakili suara WANITA yang cekap dalam pentadbiran. Sebelum ini, belum sudahpun terbukti mempengerusikan Maybank Asset Management Group Bhd (MAMG).

KEDUA; kita panjangkan rasa bangga kerana kini MARA diterajui bakat pentadbiran yang mempunyai latar kukuh dalam bidang sains, kewangan dan pengurusan. Dr Hasnita berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang Nuklear Fizik dari Oxford University dan berpengalaman 26 tahun dalam pengurusan kewangan global. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu ini bukan calang-calang orang, nampak gayanya.

KETIGA; kita juga bersama-sama bersyukur kerana pasukan MARA yang baharu ini tampak begitu meyakinkan. Enam ahli majlis MARA yang baharu adalah Rektor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Dr Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin, Pengerusi Mayban Life Assurance Bhd, Datuk Syed Tamin Ansari Syed Mohamed; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd (AMB), Zakri Khir.

MARA, wanita, nuklear fizik, maybank
Tersergam indah Bangunan MARA zaman berzaman
MARA, wanita, nuklear fizik, maybank
Lantikan Pengerusi Baharu diiringi penyenaraian 6 Ahli Majlis lain.

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH

“Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.”

“Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.”

“MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Timbalan Pengerusi, Ketua Setiausaha dan lapan orang anggota lain, dua daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar.”

“Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di luar negara iaitu di UK (London), USA (Washington), Indonesia (Jakarta), German (Frankfurt), Australia (Sydney), Ireland (Dublin), Mesir (Iskandariah) dan Russia (Moscow).” –

Info dari http://www.mara.gov.my/

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA, wanita, nuklear fizik, maybank
Semoga Dr Hasnita tegas menjaga amanah rakyat!

#CernaMindaURUS
#MARA

Leave A Reply