RISIKO PSIKOSOSIAL : Ini punca ramai pekerja tewas!

APAKAH ITU RISIKO PSIKOSOSIAL DI TEMPAT KERJA?

Tak ramai sedar bahawa mereka terdedah kepada risiko mudarat psikososial di tempat kerja.

Psikososial di tempat kerja adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan hubungan antara keadaan sosial seseorang pekerja dengan kesihatan mentalnya ketika sedang bekerja sama ada di pejabat ‘indoor’ atau di lapangan ‘outdoor’. Adakah seseorang itu gembira ketika bekerja, apakah ada ancaman, ketakutan atau igauan trauma di fikiran akibat sesuatu kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Boleh jadi juga diperhatikan baik buruknya hubungan antara rakan sekerja dan juga majikan.

 

Risiko atau mudarat di tempat kerja tidak semestinya secara fizikal. Pemahaman tentang Psikososial ini mendorong seseorang itu lebih jelas hak dan sebab beliau bekerja.

Psikososial

 

Tanpa sedar, mudarat akibat kemeruduman kualiti keadaan psikososial pekerja mampu menyebabkan prestasi kerja menjunam jatuh secara terus. Antara yang menjadi punca awal malapetaka ini adalah beban kerja yang tinggi melebihi kemampuan dan skop tugas yang tak jelas. Ditambah pula dengan desakan ‘deadline’ yang menyempitkan dada kerana terpaksa mengejar masa. Ketidakupayaan seseorang pekerja mengawal sesuatu masalah yang dihadapi juga menyumbang kepada keadaan psikososial yang regresif.

 

Secara langsung, semua perkara ini akan mendorong tekanan di minda yang melampau. Dalam masa yang sama, keadaan minda yang kurang rehat dan sering dilanda masalah boleh bikin seluruh anggota pekerja terkesan dengan sakit-sakit badan. Inilah yang dinamakan musculoskeletal disorders.

 

Contohnya; seseorang itu akan mula merasakan lenguh-lenguh badan yang serius apabila beliau terpaksa berada di stesennya melakukan tugas berulang-ulang sehingga melebihi had masa yang wajar dek mengejar ‘deadline’. Contoh lain; tekanan di minda mampu mendorong masalah kesihatan lain seperti ‘anxiety’ yang mampu ‘menjejaskan’ kawalan otak terhadap anggota badan, lalu, menjadikannya lemah secara spontan.

 

Ergonomik di tempat kerja juga menyumbang kepada keadaan psikososial yang negatif. Almaklum, bila ada satu benda yang tak kena, ia mampu menjadikan mudarat ‘domino effect’. Ingat tak kisah kanak-kanak mengenai puteri tak tidur nyenyak kerana terasa benjol biji kacang pada tilamnya?

 

Kita perlu memahami bahawa dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada di tahap memuaskan, kedua-dua elemen manusiawi ini (mental dan fizikal) perlu dimasukkan dalam perkiraan. Banyak jenis pekerjaan dan ramai majikan yang diperhatikan tidak mempertimbangkan perkara-perkara penting di bawah:

 

  • Pekerja perlu ada kuasa untuk menentukan kerja yang dilakukannya dan bukan sekadar bertindak seperti robot syif.
  • Pekerja perlu diberikan peluang melibatkan semua skil yang dimiliki
  • Pekerja hanya menurut perintah tanpa diberikan ruang pendapat
  • Pekerja dibebankan dengan satu jenis tugas berulang selama mungkin
  • Kerja yang diamanahkan diibaratkan seperti mesin dan prestasi hanya diukur pada kelajuan
  • Respon dan tuntutan pekerja diambil lewa
  • Upah dan gaji diukur pada jumlah masa kerja bukan pada kualiti
  • Interaksi sesama rakan sekerja tidak digalakkan dalam perlakuan kerja
  • Penghargaan terhadap kerja yang bagus tidak dipandang tinggi
  • Pekerja dijaja dengan janji majikan tak pernah ditepati

 

Psikososial

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO PSIKOSOSIAL DI TEMPAT KERJA?

 

Jika anda tidak suka kepada kerja dan majikan anda, berhenti kerja. Namun, hidup ini tidak semudah itu. Banyak pertimbangan perlu dilakukan. Sebelum kita mengubah-ubah tabiat majikan dan polisi syarikat tempat kita bernaung itu, bertindak di peringkat diri sendiri dahulu.

 

Cuba:

  • Susun jadual kerja anda sebaik mungkin agar tidak terkejar-kejar deadline. Ketahui kemampuan dan kelajuan kerja sendiri.
  • Berlatih berkomunikasi dengan majikan secara baik. Beranikan diri menyusun kata untuk mengadu maslahat diri kepada majikan.
  • Berpakat dengan rakan-rakan untuk bekerjasama menuju kejayaan dengan berkongsi bebanan mental dan fizikal.
  • Bersama-sama dalam satu pasukan mengagihkan jadual kerja. Cadangkan kepada majikan untuk menilai semula waktu bekerja.

 

Anda seorang majikan? Ya benar. Majikan juga ada tekanan yang perlu diambil kira. Namun, sebagai seorang CEO dan seorang kepala organisasi anda perlu bertindak lebih dari sekadar mementingkan diri sendiri. Untuk memahami dan berlaku adil kepada pekerja, anda boleh mencuba:

 

  • Memahami tugasan pekerja dan elakkan memberi satu jenis tugasan berulang kepada pekerja. Pelbagaikan fungsi tanpa bebankan pekerja.
  • Olah sistem dan tangga gaji mengikut kualiti dan prestasi bekerja secara kreatif. Jangan tertakluk kepada KPI jumlah produksi dan masa semata-mata.
  • Anjurkan latihan skil, kemahiran dan ilmu tambahan kepada pekerja. Ingat, lagi banyak anda melatih pasukan kerja, lebih berkualiti psikososial mereka.

Psikososial

 

++++++++++++++++++++++++++

Mahirkan dan dalami seni pentadbiran keselamatan dan kesihatan pekerjaan bersama kami di Cerna Minda
Daftar Diploma Professional in OSH and Management (UTM SPACE) untuk tahun 2019 sekarang!
Hubungi En Suhaimi di +601110040387

 

 

 

CERNA MINDA
Terbina, Membina ISO 9001:2015
(Provision Of Management System Consultancy and Training Services)

CERNA MINDA merupakan pakar penilai audit ISO, pengendali latihan kompetensi industri OSH dan pembangun modal insan yang berwibawa.

 

Leave A Reply