Pengalaman Site Safety Supervisor Baru dan Debaran Awal

Ini adalah catatan Pengalaman Site Safety Supervisor secara peribadi. Kalau boleh, tak nak ingat dah kisah silam. Tapi, demi berkongsi pengalaman (dan juga kenangan), saya kongsikan juga debaran ketika 3 bulan pertama menjadi Site Safety Supervisor baru dulu. Tak lama, sekitar awal tahun 2007. Waktu itu, sektor pembinaan sedang berkembang pesat.

Pengalaman Site Safety Supervisor
Institusi berwibawa dalam melahirkan Site Safety Supervisor yang kompeten di pasaran.

Alhamdulillah, rezeki saya. Selepas mengambil kursus Site Safety Supervisor, saya terus ditawarkan kerja oleh majikan lama. Sebelum itu, saya ada lah kerja sebagai pemandu lori secara kontrak. Tapi, disebabkan ada kekosongan jawatan, saya pun ditawarkan. Sebenarnya, majikan yang banyak tolong saya. Gaji yang ditawarkan waktu tu, okaylah. Sebab tak ada pengalaman, saya dapat sekitar RM 1,500. Saya pun tak kisah sangat, sebab memang niat nak cari pengalaman dan tingkatkan skil.

Cuma, masalahnya adalah saya tak pernah bekerja di ‘construction site’. Memang dah pergi kursus, kita dah belajar macam-macam. Tapi, bila berada di lapangan, tiba-tiba debaran datang. Majikan pula memang tiada di sana untuk membantu. Para pekerja kawasan pembinaan pula memandang tak yakin kepada saya. Almaklum, orang baharu. Ketika itu, ada seorang Safety and Health Officer (SHO) yang datang melawat.

Sudah! Apa saya nak buat?

Pengalaman Site Safety Supervisor
Site Safety Supervisor perlu sentiasa bina hubungan baik dengan SHO

Saya cuba tenangkan diri. Dalam motor saya, memang sudah saya siap-siap bawa buku nota ketika kursus. Tapi, saya biarkan saja dalam raga supaya saya kelihatan lebih meyakinkan. Cepat-cepat saya berjumpa SHO tersebut dan sembang tepi. Dengan jujur, saya minta tunjuk ajar daripada beliau. Mungkin disebabkan kejujuran saya, saya diberi tunjuk ajar dengan intensif. SHO bawa saya keliling site dan bertukar-tukar pendapat. Nampak saja garang, tapi, dalam hati dia baik-baik sahaja.

(Baca: Dialog Isteri dengan Suami SHO yang manis)

Ya, lah. Nanti di waktu hadapan, memang seorang Site Safety Supervisor akan bekerja bersama Safety and Health Officer (SHO) dengan akrab pun. Jadi, lebih baik bina hubungan elok-elok dari awal. Banyak yang saya tak tahu. Seingat saya, seminggu pertama saya bekerja, saya tak lena tidur. Balik rumah sahaja, saya terpaksa buat ulangkaji dan tuliskan semula catatan dengan lebih kemas.

Mujur isteri jaga makan dan minum saya. Kalau tidak, memang tak terurus. 1 bulan pertama, memang gila. Saya lah yang gila. Sebab tak ada pengalaman. Saya datang awal ke construction site untuk pastikan catatan hari sebelumnya tepat dengan keadaan. Hati cemas berdebar. Saya pasti ramai yang ada pengalaman Site Safety Supervisor Baru macam saya. Mesti anda boleh rasa lagi dan terkenang-kenang.

Selepas 3 bulan, saya dah dapat rentak. Usaha keras untuk menyusun kerja akhirnya membuahkan hasil. Sehingga kini, saya berasa bangga berkongsi Pengalaman Site Safety Supervisor Baru. Bukan nak bermegah-megah atau bongkak, tapi, kerana saya tahu bahawa usaha yang tersusun dan tekun akan membuahkan hasil. Gaji mula naik, sebab hasil kerja makin bagus. Sekarang, kalau mahu bersyarah tentang selok belok SSS, saya boleh berkongsi dengan panjang lebar.

Pengalaman Site Safety Supervisor
Pengalaman boleh dicari. Yang penting berusaha keras mencapai kejayaan

(Baca: Tugasan Seorang Site Safety Supervisor)

Selepas 3 tahun saya bekerja sebagai Site Safety Supervisor, dah dapat Yellow Book semua, akhirnya saya cuba memohon nak naik jadi Safety and Health Officer. Orang pertama saya hubungi adalah SHO yang membantu saya di awal kerjaya dahulu. Disebabkan saya bukanlah ada pendidikan akademik yang tinggi, bantuan laluan yang betul itu sangat penting.

Kini, saya seorang SHO. Tapi, saya tak pernah lupakan 3 bulan pertama penuh kekusutan yang saya sentiasa akan kenang sebagai Pengalaman Site Safety Supervisor  yang manis. Terima kasih kepada semua yang membantu dulu.

Jika anda ingin mendaftar Kursus Site Safety Supervisor, saya sangat syorkan cari yang mampu memberi tunjuk ajar sebelum, semasa dan selepas kursus. Ini penting, lagi-lagi kalau anda tiada pengalaman macam saya. Bayaran tu, jangan berkira sangat. Lihatlah kualiti dan komuniti alumni kursus di pusat latihan tersebut.

Mungkin boleh cuba Kursus Site Safety Supervisor Cerna Minda

Pengalaman Site Safety Supervisor
Pastikan anda mendaftar dengan pasukan yang terbukti kewibawaan

 

Pengalaman Site Safety Supervisor

+++++++++++++++++++++++++++++++++
– Encik Othman (bukan nama sebenar) antara SHO yang lahir dari tangga SSS yang sebelumnya tiada pengalaman langsung dalam industri ini. Berkat usahanya, beliau berjaya bina kerjaya dengan stabil.

Leave A Reply