Recover your password.
A password will be e-mailed to you.
COVID 19
Disebabkan negara sedang dilanda wabak COVID 19.
Pihak pengurusan bersama pihak UTMSPACE mengambil keputusan semua kursus yang ditawarkan akan dilaksanakan secara “ONLINE” dan “BLENDING MODE” sehingga wabak ini selesai diatasi.
One Step Ahead
Tentang Program ini
Industri pembinaan di Malaysia sedang berkembang pesat dengan pembinaan bangunan serta infrastruktur yang moden. Sehubungan dengan itu, pengetahuan secara teperinci mengenai komponen-komponen binaan bangunan dan kejuruteraan awam adalah sangat penting. Program Diploma Profesional Pembinaan ini direka khas untuk memenuhi keperluan kontraktor melalui penerapan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi selari dengan situasi semasa industri pembinaan. Program ini amat bersesuaian bagi usahawan binaan, penyelia projek, penyelia keselamatan dan kesihatan, juruanggar dan penyelenggara binaan.
OBJEKTIF
Memperluaskan pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi personel yang terlibat dengan projek-projek pembinaan.
Melahirkan kontraktor-kontraktor yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengurusan projek pembinaan.
Meningkatkan golongan usahawan yang kompeten di sektor pembinaan.
MODUL PEMBELAJARAN
- Teknologi Binaan (Bangunan)
- Teknologi Bangunan (Kemudahan Bangunan)
- Prosedur Kontrak dan Amalan
- Penyeliaan dan Pemantauan Projek
- Teknologi Bangunan (Kejuruteraan Awam)
- Projek Bersepadu
- Peranggaran Kos Projek (Bangunan)
- Peranggaran Kos Projek (Kejuruteraan Awam)
- Keusahawanan Dalam Pembinaan
- Penjadualan Sumber
- Keselamatan dan Kesihatan
- Pengurusan Projek
JANGKA MASA PENGAJIAN
- Pengajian ini adalah secara sambilan. khusus untuk warga pekerja
- Kelas adalah dihujung minggu. 2 hari kelas sebulan.
- Jangka pengajian masa adalah selama 12 bulan atau satu tahun.
Sasaran Pelajar
- Kontraktor yang ingin memantapkan pengetahuan di bidang pembinaan.
- Kakitangan profesional dan kakitangan di syarikat pembinaan.
- Usahawan / bakal usahawan yang berminat di dalam bidang pembinaan.
Akreditasi
- Professional Diploma ini adalah dianugerah dibawah UTMSPACE.
- Program ini adalah program industri bukan program MQA.
- Para graduan dibawah program ini berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga Professional Master didalam Pengurusan Pembinaan yang diberi akreditasi oleh CIDB MALAYSIA dan mendapat sijil CCPM* yang juga dibawah kendalian pengurusan Cerna Minda.
DIPLOMA PROFEESIONAL DIANUGERAHKAN OLEH

SYARAT KEMASUKAN
Calon yang memohon hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
- Lulus SPM
- Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja dalam apa – apa bidang
- Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tahun permohonan dibuat
KAEDAH PEMBAYARAN YURAN

Yuran boleh dibayar melalui pilihan berikut :
- Tunai / Ansuran sepanjang pengajian
- Pengeluaran KWSP
- Tajaan Syarikat / Majikan
- HRDCorp
- Pinjaman dibawah Program Ansuran Yuran Pelajaran (PAYP) Yayasan PAKKP