OPS KESAN: BURU MAJIKAN TAK ENDAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Sejak 1 ogos 2018, PERKESO telah melancarkan OPS KESAN bagi memburu majikan tak daftar PERKESO dan mencarum untuk kebajikan pekerja mereka. Masih ada sebilangan kecil majikan yang tak endah bab keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

ops kesan

Ketika melancarkan Ops Kesan, Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegaran, berkata hingga Disember 2017, seramai 6.8 juta pekerja aktif yang sedang bekerja dengan 435,801 majikan, berdaftar dengan PERKESO di seluruh negara. Katanya, daripada jumlah itu, dianggarkan sebanyak 10 peratus majikan masih gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka. Ops Kesan dilihat sebagai usaha serius untuk membela kebajikan pekerja dengan proaktif dan mesra. Pekerja perlu tahu bahawa mereka berada dalam keadaan tidak selamat jika terus bekerja tanpa caruman PERKESO.

(BACA: APA YANG TERJADI JIKA ANDA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA)

“Sekiranya gagal mendaftar, mereka bakal berdepan dengan denda sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali.”

“Perkara ini banyak terjadi, tetapi saya sudah beritahu kepada PERKESO yang kita tidak mahu ambil (bawa) majikan pergi ke mahkamah. Untuk apa? Hukum mereka, simpan dalam penjara buat apa? Kita mahu melihat pembabitan antara mereka dan PERKESO. Kita mahu mewujudkan suasana mesra perniagaan.”

Majikan diingatkan supaya sentiasa memberi keutamaan soal keselamatan dan kesihatan pekerja bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini. OPS KESAN perlu dilihat sebagai usaha membela pekerja, bukanlah sebagai aktiviti disiplin yang ditakuti.

 

ops kesan

 

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail berkata majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan. Antara elemen penting dalam memastikan kebajikan pekerja terbela apabila berlaku tragedi keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah caruman bulanan mereka.

“Majikan perlu berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

“Majikan juga perlu mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pengurusan dan pekerja secara konsisten,” katanya

“Ia merupakan agenda kerajaan yang sentiasa memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat dan sentiasa mendekati pekerja dan rakyat melalui program seumpama ini.

“Ia juga selaras dengan slogan Perkeso ‘Peneraju Keselamatan Sosial Terunggul di Malaysia.”, katanya.

#OPSKESAN

kemalangan di tempat kerja, sho, hazard, death at workplace, safety committee, safety officer

+++++++++++++++++
Cerna Minda Sdn Bhd  merupakan pakar penilai ISO, pengendali latihan persijilan kompentensi industri dan pembangun modal insan yang dipercayai.

Leave A Reply