Melabur dalam Latihan Kepimpinan dan Pengurusan, adalah satu pelaburan yg berbaloi

Melabur dalam Latihan Kepimpinan dan Pengurusan, adalah satu pelaburan yg berbaloi

GERBANG KERJAYA @ CERNA MINDA INSTITUTE
www.cernaminda.com.my

Dalam artikel saya minggu lalu, sekitar pengkisahan laluan kerjaya yg saya lalui; dan bagaimana saya mengutip setiap mutiara dan hikmah sepanjang perjalanan tersebut; telah saya kongsikan dalam nota akhir rencana itu, bahawa kadangkala kita tidak tahu akan hikmah kita belajar atau menambah sesuatu kemahiran itu, sehinggalah apabila tiba saat dan ketika yg ditentukan oleh Ilahi, maka barulah kita faham, mengapa belajar sepanjang hayat itu adalah satu pelaburan yg sungguh berbaloi.

( artikel minggu lalu boleh dibaca di link berikut:
https://www.cernaminda.com.my/pekerja-perlu-punyai-daya-saing-daya-juang-dan-daya-tahan-untuk-mendaki-laluan-kerjaya-mereka/)

Antara kursus dan latihan yang saya gemar ikuti, sepanjang hayat saya yg singkat ini, adalah Kursus atau Latihan Kepimpinan dan Pengurusan. Ada orang kata, kepimpinan itu adalah bakat atau ciri-ciri yg sedia terangkum dalam diri seseorang sejak lahir (you are born as leader), manakala satu lagi mazhab mengatakan, Kepemimpinan itu adalah suatu yg boleh dilatih dan dipelajari, serta diasah bakatnya, sesuai dgn perkembangan individu.

Saya lebih menerima pendapat kedua, kerana itulah diri saya. Dilahirkan dlm keluarga yg serba sederhana (bukan dlm keluarga aristrokrat, atau bangsawan, yg mana pendapat pertama itu lebih dominan), maka bagi saya, bakat kepimpinan dan kemahiran mengurus adalah suatu yg saya perolehi, pelajari, kembangkan dan kuasai, melalui latihan dan pelajaran secara formal dan non-formal.

Kebolehan memimpin, mengurus dan menyempurnakan sesuatu task atau tugasan berpasukan ini, adalah antara ciri-ciri utama dan diberi perhatian dan keutamaan oleh Majikan, apabila kita ingin memacu kemajuan dalam kerjaya kita.

Seperti saya kongsikan dulu, semasa bekerja di Denso dan Sony (kilang / industri), antara faktor saya terpilih ke Jepun utk menyertai pasukan yg ‘membuka’ kilang baru, adalah keupayaan melaksanakan tugas secara berpasukan dan mengetuai pasukan petugas atau pekerja yg dipertanggungjawabkan kepada kita.

Di mana kita boleh pelajari kemahiran memimpin dan mengurus ini?

Jika ditanyakan kpd saya, maka jawabnya:
Pelajari kemahiran memimpin dan mengurus itu secara formal dan informal.

Secara formal, dgn masuk kelas, ikut kursus, diploma atau master, sertai latihan, dapatkan persijilan dan sentiasa tambah ilmu, kemahiran, teknik dan kaedah terkini dlm bidang kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran.

Manakala secara informal pula, adalah dgn sentiasa bersama-sama pasukan yg positif, sertai kegiatan dan aktiviti yg mengasah bakat dan kemahiran kita, dan kadangkala, kita perlu mencabar diri kita dgn memikul amanah dan tanggungjawab yg benar-benar ‘memaksa’ kita utk berperanan.

Itulah yg saya lalui, sejak di bangku sekolah. Semasa di MRSM, kami adalah antara kumpulan awal penuntut MRSM yg menggunakan motto:

DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN

Ya, motto itu diperkenalkan pada dekad 70an dan 80an semasa MRSM baru diperkenalkan (kini motto telah diubah sesuai dgn tuntutan zaman, barangkali).

Apa yg penting, pengaruh motto itu terhadap saya dan generasi sezaman dgn saya, amat besar. Kami seolah2 dipasak dalam benak kami, tanpa sedar, bahawa kita semua adalah pemimpin, dan kita sdg dipimpin utk menjadi pemimpin pada satu masa nanti. Ini adalah latihan ‘formal’ pertama saya utk menjadi pemimpin.

Dgn slogan seperti itu, kualiti pelajar MRSM yg terhasil pada dekad2 awal penubuhannya tidak diragui lagi. Kita ada ramai tokoh2 pemimpin hari ini, yg merupakan produk MRSM, dalam bidang korporat, NGO, politik, ekonomi, akademik, sukan, seni dan budaya dan sebagainya.

Saya percaya, latihan secara formal yg diterapkan dlm sistem pendidikan MRSM, adalah terbaik dlm membentuk jatidiri dan ciri2 kepimpinan, yg akhirnya amat berguna apabila melangkah ke alam kerjaya dan kehidupan di hari muka.

Sejak di MRSM lagi, saya suka ikuti Kursus Kepimpinan. Seingat saya, antara kursus kepimpinan pelajar yg amat berkesan, adalah semasa kami di Tingkatan 3, disampaikan oleh sekumpulan Mahasiswa Universiti Malaya. Kelompok yg menamakan diri mereka sbg Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM) itu telah berkampung bersama – sama kami selama seminggu, utk melatih kami aspek2 kepimpinan pelajar. Antara tokoh pemidato hebat yg saya masih ingat namanya, adalah Saifuddin Abdullah (jelas, beliau kini adalah YB Menteri Luar kita, dan MP Indera Mahkota). Itu antara detik2 awal saya suka kpd pidato dan kepetahan berkata2.

[kalimat beliau, yg saya ingat sampai kini adalah: di’compartmentalise’kan – sila buat rujukan sendiri nak tahu apa benda tu…]

Siri-siri Nadwah Kepimpinan, Summer Camp dan sebagainya, adalah medan latihan utk asah bakat kepimpinan, dan koleksi sijil – sijil itu semua, masih saya simpan dalam folder koleksi sijil – sijil saya.

Semasa melanjutkan pengajian di UKM, idealisme mahasiswa waktu itu amat membakar jiwa dan semangat kami pada waktu itu. Dekad awal 80an menyaksikan fasa transisi drpd PM3 ke PM4, dan siswa IPT masa itu, sedikit sebanyak dibawa oleh arus kebangkitan pelajar. Gerakan pelajar dan belia seperti PKPIM, GAMIS, ATMA, TSB, IPU dan seumpamanya, semua telah memberi input dan kesan kpd proses kematangan kami dlm kampus pada ketika itu. Ini fasa informal dlm latihan kepimpinan kami.

Namun di kampus, walaupun saya ambil jurusan Kejuruteraan (selalu dikaitkan kena belajar kuat, sibuk dgn tugas, kelas banyak, tutorial dan exam susah), namun tidak menghalang saya utk terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dlm gerakan kemahasiswaan.

Dalam konteks program2 formal, saya suka sertai pelbagai seminar, simposium, kolokium, bengkel dan persidangan yang danjurkan dalam kampus. Dalam satu Simposium Perpaduan Kebangsaan, saya berpeluang bersalam dan mencium tangan AlMarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, Bapa Kemerdekaan kita. Momen-momen indah sebegini, menyuntik semangat positif dalam diri ini, betapa tugas kepimpinan itu, diwarisi daripada generasi awal kepimpinan negara kita, dan kini, anak muda, adalah pewaris dan pelapis dlm tugas dan amanah menjaga negara ini.

Semasa belajar di luar negara, saya pernah diamanahkan menjadi Presiden, Strathclyde University Muslim Students Association (SUMSA). Itu pengalaman amat berharga, berinteraksi dgn kepelbagaian latar belakang kaum dan budaya, serta berurusan dgn pelbagai pihak yg berlainan faham dan agama. Orang kata, pengalaman antarabangsa lah…

Semasa di SUMSA, saya sempat ikuti siri latihan kepimpinanan pelajar – pelajar muslim Britain, kendalian FOSIS (Federation of Student Islamic Societies). Kursus secara bermodule dan berstruktur itu, dikendalikan oleh penggerak pesatuan pelajar seluruh UK, dgn module – module disampaikan oleh golongan profesional, ulama dan tokoh2 Islam semasa.

Cabarannya adalah utk seimbangkan tuntutan menuntut ilmu (saya sdg buat Master) dan tuntutan dan tugas kepimpinan pelajar. Hebat nya SUMSA, kerana kami ada Masjid sendiri yg diubahsuai dan diuruskan sendiri, dgn kebenaran pihak Universiti. Musim2 Ramadhan spt ini, pasti menggamit kenangan, bagaimana setiap hari kami uruskan Iftar Jama’ie utk masyarakat Muslim berbuka puasa, diikuti solat tarawikh, setiap malam….satu kenangan sungguh indah.

Rupa-rupanya. Allah sedang mempersiapkan sesuatu untuk kita, dgn peristiwa, pengalaman, pendedahan dan peluang yg kita lalui. Inilah hikmah pembelajaran sepanjang hayat.

Sebaik pulang utk berkhidmat di UKM (sebagai pensyarah – kisah kerja di UKM ni akan saya catatkan dlm siri akan datang), sebagai pensyarah muda, saya telah terpilih menjadi Exco PKAUKM (Persatuan Kakitangan Akademik UKM). Persatuan yg menjadi benteng kebebasan akademik, memperjuangkan hak dan kepentingan para pendidik dan pensyarah UKM, dan yg membawa agenda budaya ilmu dan dialog ilmiah dalam kampus.

Saya masih ingat, projek yg saya uruskan adalah Siri Wacana Mingguan PKAUKM yg mengangkat topik dan isu-isu semasa (yg panas) pada waktu itu, utk dibahaskan secara terbuka dan akademik oleh warga UKM.

Antara tokoh yg sempat diundang dlm Siri Wacana itu adalah Al-Marhum Tan Sri Harun Hashim (SUHAKAM) dan Tan Sri Dr Rais Yatim (diundang utk bentangkan dapatan PhD beliau dlm topik Tahanan Tanpa Bicara).

Itu semua antara medan latihan yg saya lalui, dan amat hargai, kerana ia mencorak keyakinan dan keperibadian kita, yg bangkit pertahan dan bersama-sama dgn kebenaran.

Antara kursus formal yg saya sertai semasa bertugas di UKM, adalah siri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Islam, anjuran INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara). Saya masih ingat, ada yg tanya saya;
‘kamu ni pensyarah kejuruteraan, kenapa sertai kursus kepimpinan dan pengurusan islam?’

Saya hanya jawab; saya suka belajar, dan mahu tambah bidang saya drpd pure engineering, kpd bidang yg lebih luas dan membumi…

Begitulah, jika mahu terus relevan dlm kerjaya, yg kita tidak pasti apa akan berlaku pada masa depan, kita perlu lengkapkan diri kita dgn pelbagai bidang ilmu, kemahiran, kaedah dan pengalaman.

Latihan dlm bidang Kepimpinan dan Pengurusan, adalah antara bidang yg sentiasa relevan, sesuai, boleh diaplikasi dan amat diperlukan, dlm apa juga kerja dan kerjaya yg kita ceburi. Kerana, dalam apa jua yg kita lakukan, kita perlu tahu mengurus, mentadbir dan memimpin.

Di pejabat, atau dalam organisasi, mereka yg bijak mengurus dan mentadbir, serta punyai bakat terlatih sebagai pemimpin, pasti punyai kelebihan dan dipercayai oleh Boss, Ketua dan Majikan.

Justeru, tidak rugi kita melabur, menyertai, memberi ruang masa dan mengikuti pelbagai latihan dan kursus2 pengurusan dan latihan kepimpinan, kerana lambat laun, ianya kita perlukan dlm kehidupan kita.

Apabila sampai ke tahap ini, pada hari ini, bila mahu mengemudi bahtera Cerna Minda Institute ini, saya merenung kembali perjalanan yg telah dilalui…Ya, semua itu adalah proses dan persiapan yang  Allah takdirkan untuk kita, sebagai persiapan memikul amanah pada hari ini.

Maka, usah berhenti belajar, menimba ilmu, mengasah bakat dan kemahiran, dlm apa jua bidang; kerana lambat laun, kita perlu menggunakannya.

Belajar Sepanjang Hayat, adalah satu Kelebihan…

#cernaminda
#memandaikananakbangsa
#belajarsepanjanghayat
#leadershipandmanagement
#dipimpinuntukmemimpin
#MahirTVET
Ir Ahmad Jais AsSyazili

Leave A Reply