Ini Lah Cara Anda Nak Tahu Tahap Prestasi Anda Sebagai SHO

Sebagai seorang SHO atau pegawai safety. Kita bukan sahaja perlu tahu macam mana nak buat kerja. Kita perlu tahu apa tahap prestasi atau KPI kita.

Tahap prestasi ini juga adalah bukti yang kita sebagai seorang SHO telah menjalan kan tanggungjawab kita sebagaimana yang termaktub dalam undang – undang dan tanggungjawab kepada majikan,

Kalau orang kerja sales tahap prestasi mereka atas berapa sales dah mereka buat. Bagaimana pula kita yang kerja sebagai safety officer atau SHO ini?

Apakah cara nak tahu dimana tahap prestasi kita sebagai seorang SHO?

Untuk itu pihak JKKP telah membangunkan satu cara untuk kita mengetahui prestasi kita.

JKKP menamakan sebagai  SHO PERFORMANCE INDICATOR  atau Petunjuk Prestasi SHO

Berikut adalah senarai checklist Data KPI yang perlu dikumpul mengikut apa yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP)

Jika anda gagal mengisi maklumat data checklist KPI ini. Bermaksud anda telah gagal menjalankan tanggungjawab anda!

 

Jom Kita Semak!

 

  1. Jumlah tindakan yang telah diambil oleh majikan (atas nasihat SHO) untuk mematuhi kehendak perundangan:
  2. Jumlah tindakan yang akan diambil oleh majikan (atas nasihat SHO) untuk mematuhi kehendak perundangan:
  3. Jumlah cara yang telah diadakan bagi mewujud dan mengekalkan keadaan bekerja yang selamat dan sihat:
  4. Jumlah amalan baik yang telah dilaksanakan, yang boleh dikongsikan kepada industri:
  5. Jumlah pemeriksaan tempat kerja berisiko tinggi yang telah dibuat:
  6. Jumlah pemeriksaan loji (jentera, kelengkapan, perkakas, alat, peralatan) berisiko tinggi yang telah dibuat:
  7. Jumlah kemalangan: DAN Jumlah kemalangan yang telah disiasat:
  8. Jumlah kemalangan nyaris: DAN Jumlah kemalangan nyaris yang telah disiasat:
  9. Jumlah kejadian berbahaya: DAN Jumlah kejadian berbahaya yang telah disiasat:
  10. Jumlah keracunan pekerjaan: DAN Jumlah keracunan pekerjaan yang telah disiasat:
  11. Jumlah penyakit pekerjaan: DAN Jumlah penyakit pekerjaan yang telah disiasat:
  12. Jumlah mesyuarat JKK yang telah dianjurkan:
  13. Jumlah pemeriksaan tempat kerja bersama JKK yang telah dianjurkan:
  14. Jumlah pemeriksaan loji bersama JKK yang telah dianjurkan:
  15. Jumlah pemeriksaan/audit PPE bersama JKK yang telah dianjurkan:
  16. Jumlah syor pengubahan yang telah dibuat kepada struktur kerja (penyeliaan, kawalan pentadbiran, masa bekerja) bagi kepentingan KKP:
  17. Jumlah syor pengubahan yang telah dibuat kepada susun atur tempat kerja (ERP, akses) bagi kepentingan KKP:
  18. Jumlah program promosi yang telah dijalankan oleh orang yang diambil kerja oleh majikan untuk menggalakkan KKP: DAN Bilangan peserta:
  19. Jumlah audit yang telah dijalankan oleh orang yang diambil kerja oleh majikan untuk menggalakkan KKP:
  20. Jumlah latihan/kursus/toolbox talk yang telah dijalankan oleh orang yang diambil kerja oleh majikan untuk menggalakkan KKP: DAN Bilangan peserta:
  21. Jumlah analisis statistik mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan:
  22. Bilangan perbincangan dengan majikan mengenai laporan SHO:
  23. Jumlah notis perbaikan (AKKP) yang diterima dan dibatalkan (Kumulatif dari mula projek)
  24. Jumlah notis larangan (AKKP) yang diterima dan dibatalkan (Kumulatif dari mula projek)
  25. Jumlah notis (AKJ) yang diterima dan dibatalkan (Kumulatif dari mula projek)

 

*KKP : Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

*SHO : Safety And Health Officer

*JKK : Jawatankuasa Keselamatan dan kesihatan

*AKKP : Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

*AKJ : Akta Kilang dan Jentera.

 

Petunjuk prestasi ini dibangunkan oleh pihak JKKP untuk membantu SHO menjalankan tugas mereka dengan baik. Ia juga menunjukkan

  1. komitmen majikan;
  2. pematuhan undang-undang;;
  3. penglibatan pekerja; dan
  4. keberkesanan langkah-langkah kawalan yang diwujudkan di tempat kerja.

Anda sebagai seorang SHO perlulah sentiasa bersama dengan pihak JKKP dalam menjalankan tugas anda.

JKKP juga telah menyediakan sistem pelaporan bulanan untuk membantu anda melengkapkan data KPI anda. Anda hanya ikut apa yang telah di senaraikan oleh JKKP.

boleh semak di pautan :  http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/sho-performance-indicators

Untuk sistem pelaporan : https://goo.gl/forms/KalE44Gn7qQQaUCr2

Untuk borang checklist : Borang KPI SHO

 

Checklist ini dianjurkan di isi setiap bulan. Sebab itulah gaji SHO mahal!

 

Leave A Reply