Iklan Kerja Kosong Site Safety Supervisor Memang Laris!

Ramai kata kurang iklan kerja kosong Site Safety Supervisor?
Betulkah ramai Site Safety Supervisor tak ada kerja?
Ada yang mendakwa pelajar dengan sijil dalam bidang safety hanya menganggur sahaja tiada peluang pekerjaan?
Apakah benar industri dan lapangan pembinaan negara kita makin merudum?

ITU SEMUA ADALAH MITOS DAN CAKAP-CAKAP KOSONG

ANDA PERLU TAHU HAKIKAT SEBENAR DEMAND
KERJA KOSONG SITE SAFETY SUPERVISOR DI MALAYSIA

Statistik Sektor Pembinaan

Fakta Suku Pertama Tahun 2018. Sektor pembinaan kekal berkembang pada kadar 5.3% dengan nilai projek pembinaan mencecah RM36.5 Billion. Perkembangan ini dipacu oleh sektor binaan swasta sebanyak 56.4%. Menuju 2019, Malaysia sedang bersedia untuk menerima suntikan modal yang bakal merancakkan lagi aktiviti pembangunan ini.

Dalam keadaan pembangunan yang semakin laju, majikan amat risau apabila bilangan Site Safety Supervisor yang berkualiti dan diiktiraf Yellow Book oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP / DOSH) tak setara dengan keperluan ini.

Dalam erti kata lain, kita kekurangan Orang Yang Kompeten (OYK).

Sudah dimaklumi bahawa tugasan seorang Site Safety Supervisor di tapak pembinaan itu sangat berat dan penting. Biarpun, dilihat seperti cerewet dan menguruskan sesuatu projek di lokasi, seorang penyelia tapak pembinaan yang perlu bertanggungjawab mengenal pasti, menyiasat punca dan mengolah gerak kerja pasukan agar selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Beliau juga perlu memastikan segala kesilapan diperbetulkan serta-merta dan menjadi mata-telinga-tangan mewakili majikan bagi memastikan projek berjaya bebas dari kemalangan.

Semua majikan projek pembinaan begitu risaukan kemalangan berlaku di tapak pembinaan. Ini akan menjejaskan proses menyiapkan dan juga reputasi syarikat. Bab kemalangan di tempat kerja, tak boleh dibuat main. Bayangkan, dalam tempoh 1 bulan sahaja dah dilaporkan 10 kemalangan maut semasa di tempat kerja di seluruh Malaysia. Kalau nak dikira kemalangan lain, bertambah banyak lah. Tunggu hujung tahun, bila tengok angkanya, sangat menakutkan!

Apabila ada keperluan ini, ditambah-tambah dengan kegiatan pembinaan yang aktif di seluruh Malaysia, iklan kerja kosong site safety supervisor laris macam pisang panas. Tak percaya? Ini kami tolong sediakan gambar-gambar iklan kerja kosong site safety supervisor yang setiap hari akan muncul dalam carian kerja kosong. Itu baru sahaja carian di INDEED dan JORA, belum di portal cari kerja lain.

 

kerja kosong site safety supervisorkerja kosong site safety supervisor

Sudah terang lagi bersuluh. Kita faham bahawa Malaysia kekurangan Orang Yang Kompeten (OYK); yang punyai sijil kompetensi untuk memegang peranan ini. Maka, inilah peluangnya. Anda perlu menyahut seruan ini. Bertindaklah menyertai kursus yang melayakkan anda menjadi seorang Site Safety Supervisor.

Mulakan langkah dengan:

  1. SERTAI KURSUS 9 HARI – SITE SAFETY SUPERVISOR
  2. LULUS KURSUS TERSEBUT

Kemudian, bertugaslah dengan berdedikasi. Pengalaman anda bekerja mampu melayakkan anda menjadi penyelia berkualiti yang diiktiraf Yellow Book oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP / DOSH). Baca artikel pengalaman ketika baru menjadi Site Safety Supervisor ini. Klik di sini.

 

++++++++++++++++++++++

KURSUS SITE SAFETY SUPERVISOR
SEPARUH MASA; BERMULA 26 OKTOBER 2018

HUBUNGI KAMI: +60 11-1004 0387
www.cernaminda.com.my/sss

Pengalaman Site Safety Supervisor
Pastikan anda mendaftar dengan pasukan yang terbukti kewibawaan

 

Leave A Reply