Kemalangan Di Tempat Kerja: Lebih 100 Kes Setiap Hari

Angka lebih 100 kes kemalangan di tempat kerja yang berlaku di seluruh Malaysia amat membimbangkan. Lagi-lagi apabila purata ini, kelihatan sama seperti tahun-tahun lepas. Majikan dan pekerja perlu cakna tentang isu nyawa ketika sedang bekerja tak kira sama ada bekerja dalam pejabat, di lapangan atau di mana-mana. Sekalipun bekerja dari rumah, pastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) diberi perhatian.
Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran menegaskan, kerajaan juga kini dalam usaha meningkatkan penguatkuasaan dan penambahbaikan perundangan serta akta sedia ada supaya lebih berfungsi mengelakkan kemalanagn ditempat kerja.
Kemalangan di tempat kerja
M Kulasegaran (dua kiri) melawat pameran selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (OSH WEEK) 2018 di Malay-Sino Chemical Industries Sdn Bhd, Ipoh.
“Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menguatkuasakan perundangan tegas dan bebas rasuah, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sudah menjalankan 137,558 pemeriksaan ke atas tempat kerja dan jentera.

“Berdasarkan jumlah itu sebanyak 15,759 notis dikeluarkan dengan 315 kesalahan dikenakan kompaun dan 123 kes pendakwaan di mahkamah difailkan atas kesalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,” katanya.

Menurutnya, JKKP juga dalam proses meminda akta OSHA 1994 bagi menambahbaik peruntukan perundangan, antaranya menaikkan jumlah penalti maksimum dan memperkenalkan peruntukan lebih terperinci dalam isu berbangkit seperti kewajipan kontraktor utama dan kewajipan orang berkebolehan.

“Pihak kementerian sering mengadakan perbincangan bersama pihak pekerja, majikan, NGO dan pelbagai pihak lain bagi mendapatkan pandangan serta cadangan berhubung penambahbaikan peruntukan perundangan ini,” katanya.

Kemalangan di tempat kerja

AWANI pernah memanjangkan liputan BERNAMA bahawa Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata mengikut data Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebanyak 711 kes KEMALANGAN MAUT di tempat kerja dicatat di seluruh negara sepanjang tahun lepas di mana jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 688 kes yang direkodkan pada 2016.

Beliau berkata pada 2017 juga, kemalangan di tempat kerja adalah pada purata 116 kes setiap hari, bersamaan dengan 42,513 kes setahun.

“Jumlah yang begitu tinggi itu menunjukkan bahawa masih terdapat banyak ruang untuk perubahan dan pembaikan dengan isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. katanya ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan dan Antarabangsa MOSHPA OSH Ke-14 di sini, Ogos lepas.

Beliau berkata cara paling berkesan untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja adalah melalui pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik. (Baca apa yang akan berlaku jika anda terlibat dengan kemalangan atau mati di tempat kerja di sini: APA YANG BERLAKU BILA ADA KEMATIAN DI TEMPAT KERJA)

Dalam hal ini, katanya ahli-ahli pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlulah bersedia memikul tanggungjawab menangani pelbagai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang akan timbul. Isu kritikal ini perlu diteliti dan ditangani untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan

Beliau berkata Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Seksyen 15 (1) menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Antara lain adalah menjadi keprihatinan majikan untuk mewujudkan jawatan Safety and Health Officer.

Kemalangan di tempat kerja
“Kami tidak menyalahkan majikan semata-mata. Bagaimanapun kami dapati masih ramai majikan bersikap lepas tangan apabila seorang daripada pekerja cedera akibat kegagalan mereka menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan selesa.”

Berita Harian melaporkan temu ramah bersama Perunding Keselamatan di tempat kerja, Mohamad Khalil Ishak. Beliau berkata mengikut statistik dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sebanyak 3,246 kes kemalangan dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh sama dengan 206 kematian, 133 hilang upaya kekal (HUK) dan 2,907 kes tidak hilang upaya kekal (THUK).

Katanya, sektor pengilangan mencatat jumlah tertinggi kemalangan sebanyak 1,691 kes membabitkan 1,559 THUK, 86 HUK dan 46 maut.

Sektor kedua terbanyak kes kemalangan adalah pertanian, perhutanan dan perikanan (393 kes) membabitkan 18 kematian, 366 THUK dan sembilan HUK, diikuti pembinaan 177 kes (63 kematian), 110 THUK dan empat HUK.

Sementara industri kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan mencatat 113 kemalangan membabitkan tujuh kematian, 104 THUK dan dua HUK.

Leave A Reply