KEBAKARAN DI TEMPAT KERJA MUNGKIN AKIBAT KECUAIAN

Gempar beberapa hari lepas, apabila kebakaran di tempat kerja akibat kecuaian telah berlaku di sebuah set penggambaran filem tempatan. Lebih memburukkan keadaan apabila kebakaran telah mencederakan para kru dan pelakon termasuk dari Hong Kong. Menurut laporan Berita Harian, kru set penggambaran di kawasan hutan berhampiran sebuah pasar raya dekat Bandar Bukit Puchong, di sini berdepan detik cemas apabila rumah yang dibina untuk sesi penggambaran terbakar pagi tadi.

 

 

 

Seramai 20 kru yang sedang bekerja menjalankan sesi penggambaran di kawasan hutan berhampiran sebuah pasaraya di Bandar Bukit Puchong terpaksa digegaskan ke hospital selepas terhidu asap, pagi tadi. Laporan NSTP mengesahkan bahawa sejumlah kru penerbitan terancam secara langsung terhadap kebakaran di tempat kerja mereka ini.

“Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kumpulan berkenaan sedang menjalankan sesi penggambaran babak kebakaran sebelum api merebak menyebabkan 20 kru sesak nafas termasuk seorang kritikal akibat terhidu asap.”

Pada awalnya, pihak penerbitan merancang untuk mewujudkan adegan kebakaran yang sinematik dan dramatik. Mereka menggunakan cecair bahan mudah terbakar secara terkawal. Namun, malang tak berbau, kebocoran cecair telah mengundang malapetaka. Sekalipun, pihak penerbitan filem mendakwa ia bukan diakibatkan dari kecuaian, namun, kebakaran ini menjadi tragedi yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Putrajaya Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Putrajaya Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian jam 7.06 pagi.

“Seramai empat anggota bergegas ke lokasi selepas difahamkan 20 kru penggambaran terhidu asap. Pasukan kami memberi bantuan awal dan membawa mangsa ke Hospital Serdang.”

 

Kebakaran akibat kecuaian

Antara mangsa kebakaran tidak dijangka akibat kecuaian

“Mangsa dibawa menaiki ambulans ke hospital. Punca kebakaran tidak dapat dipastikan, namun maklumat awal mendapati mereka menjalankan babak kebakaran sebelum api merebak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.”

Sementara itu, menurut Sinar Harian Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yusrizan Yaacob berkata, ketika kejadian pasukan bomba memang ada di lokasi untuk khidmat berbayar bagi babak kebakaran dari jam 8 malam hingga 8 pagi. Ini mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku amat tidak dijangka. Kecuaian sehingga menyebabkan kebocoran tersebut tidak dijangka sehingga mengakibatkan kebakaran di tempat kerja.

Menurutnya, insiden  berlaku apabila kru produksi menyalakan api dengan petrol menyebabkan api menyambar beberapa pelakon yang berada di sekitar lokasi penggambaran.

“Anggota bomba yang ada di lokasi terus padam kebakaran dan bantu mangsa dengan bantuan pasukan perubatan yang turut berada di lokasi.

“Mangsa yang terlibat melecur di bahagian kaki,” katanya.

“Semua mereka tidak melecur, namun didapati terhidu asap. Seorang daripada mereka dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke zon merah Hospital Serdang,” katanya lagi.

Kejadian ini memberi klu kepada Safety Officer bahawa pasti ada beberapa perkara dalam checklist ini yang tidak dipatuhi. Kalau tidak, masakan tidak ada ‘precaution’ yang ditegaskan?

kebakaran di tempat kerja

 

Leave A Reply