Insafi Fenomena Sains Gempa Palu, Sulawesi Tengah

FAHAMKAN ELOK-ELOK BAGAIMANA FENOMENA GEMPA PALU, SULAWESI TENGAH INI TERJADI, AGAR LEBIH BERSEDIA
TONTON VIDEO INI, untuk memahami fenomena tanah bertukar menjadi cecair yang menelan bangunan.


Kita mengambil pengajaran untuk menjadi insan yang lebih baik apabila diberitakan tentang Gempa Palu, Sulawesi Tengah. Sesungguhnya, ia sebuah peringatan buat kita semua. Dalam pada itu, elok benar jika para penggiat industri pembinaan ataupun pegawai-pegawai yang sentiasa bertanggungjawab terhadap keselamatan memahami fenomena di sebalik kejadian ini. Sudah pasti dengan ilmu dan sains berfikir, banyak perkara dan fenomena boleh dijelaskan. Namun, sebagai hamba, kita insafi bahawa terjadinya Gempa Palu, Sulawesi Tengah ini adalah bersebab apabila Tuhan kehendaki.

gempa palu sulawesi
TAHUKAH ANDA? Gempa Palu, Sulawesi Tengah ini amat berkait rapat dengan 2 elemen alam; tanah dan air.

Bumi yang kita pijak ini terdiri dari lapisan-lapisan tanah yang lembab. Ia dibasahi jumlah air yang banyak jauh ke bawah dasar bumi. Nampak sahaja macam kering dari permukaan. Bila nak dikorek, nampak macam keras. Tapi, sebenarnya, nun jauh di bawah sana, saliran dan kolam-kolam air wujud tanpa kita sedari.
Oh ya! Pasti anda sudah biasa mendengar petua orang kampung tentang tanah yang banyak air boleh digalikan telaga, bukan? Kerana wujud air di bawah tanahlah, kita boleh menggerudi menggali telaga untuk mendapatkan air.
 
Tanah yang basah ini tak mudah dikenal pasti, lagi-lagi apabila dilihat dengan pandangan kasar di atas permukaan. Sekali imbas tanah tersebut kelihatan kering dan keras. Namun, apabila berlaku pergeseran plat-plat bumi yang mengakibatkan gempa, air yang berada di bawah akan bergegas menuju ke permukaan menyebabkan kita melihat seolah-olah tanah bertukar menjadi air dan menelan banguna-bangunan di atasnya seperti yang diperhatikan ketika Gempa Palu, Sulawesi Tengah
gempa palu sulawesi
Cuba tonton keadaan tanah berair yang menelan objek ini dalam video yang dirakam di Jepun.
https://www.youtube.com/watch?v=RJCidfj-x9M

Tambah lagi kefahaman dengan menonton video dari Illinois State Geological Survey ini.

Pengetahuan tentang fenomena Gempa Palu, Sulawesi Tengah ini mendorong kita sentiasa memandang jauh menginsafi betapa kerdilnya manusia di ahdapan Tuhan. Ini menguatkan azam untuk kita berperanan sebagai manusia dengan lebih baik dalam mengangkat manifesto kehidupan yang harmoni menurut tuntutan Tuhan.

Dan, jika anda seorang Safety and Health Officer; pengetahuan ini akan menambah kecekapan anda untuk bertindak dan laksanakan tugasan anda! Terutamanya perkara 1 dalam artikel penting SHO ini

dan ketika membuat laporan hasil pemerhatian anda.

#PeduliGempaPalu
#PeduliGempaSulawesi

 

+++++++++++++++++

Cerna Minda Sdn Bhd  merupakan pakar penilai ISO, pengendali latihan persijilan kompentensi industri dan pembangun modal insan yang dipercayai.

Leave A Reply