GEMPA BUMI DI MALAYSIA? JANGAN RASA SELESA

Ramai yang menarik nafas lega apabila tiada berita Gempa Bumi di Malaysia lagi. Maklumlah, kita dah diajarkan bahawa Malaysia tidak berada dalam Lingkaran Api Pasifik yang merisikokan berlakunya gempa bumi. NAMUN BEGITU, jangan terlalu selesa.

gempa bumi di malaysia

Safety and Health Officer (SHO) perlu sedar dan sentiasa kemaskini pengetahuan anda tentang fenomena ini. Malaysia sebenarnya maish berisiko berdepan dengan keadaan mencabar ini. Kalau ingat lagi? Kita pernah terkesan dengan gempa di Medan, Indonesia. Kita dapat lihat impak gegaran 5.6 magnitud pada skala ritcher itu di beberapa kawasan terutamanya di Pulau Pinang dan sekitarnya. jangan pula lupakan gempa bumi di Ranau, Sabah yang meragut 18 nyawa pada 2015. (The Star)

Gempa bumi di Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil. Di Semenanjung Malaysia masih belum dicatatkan lagi punca gegaran. Ingat, ya! Kita mungkin terasa ia belum pernah berlaku. Namun, tak semestinya ia tak pernah ada dalam sejarah negara kita dan tak akan berlaku. Jangan pula kita buat-buat lupa gegaran kecil di Bukit Tinggi, Pahang. Ramai tak perasan, tapi sebenarnya 8 punca gegaran dicatatkan waktu itu secara berderet. Di sekitar Lembah Klang, setiap kali berlaku gempa di Indonesia, pasti ada aduan pekerja-pekerja di bangunan tinggi mengatakan bangunan pejabat bergoyang.

gempa bumi di malaysia

Ramai orang tak sedar. Tetapi, jangan pula SHO yang tak sedar. Safety and Health Officer perlu menjadi orang yang peka terhadap perkembangan ini. Anda perlu berada selangkah di hadapan orang lain untuk menjangka apa yang bakal berlaku! Anda perlu cergas memerhatikan potensi risiko. Bukan sahaja di kawasan pembinaan, bahkan, di seluruh sektor yang memungkinkan peranan anda.

Tambah ilmu dan jaringan berkenaan perkara ini. Dan, jadikan diri anda sebagai pakar rujuk kepada majikan dalam menjangka bencana. Banyak perkembangan teknologi, rancangan JKR dan pengenalan pelan-pelan pembinaan baharu yang mengambil kira risiko ini yang sedang hangat diusahakan kerajaan. Anda perlu berperanan mengambil tahu dan mengingatkan majikan tentang kepentingannya.

BACA DAN TONTON VIDEO FENOMENA GEMPA PALU, SULAWESI TENGAH.

Mungkin, dengan usaha anda ini, dapat menyelamatkan banyak nyawa apabila benar-benar berlaku kejadian Gempa Bumi di Malaysia.

 

Leave A Reply