Gangguan Bekalan Air di Loji Semenyih dan Sekitarnya Oktober Ini

Gangguan bekalan air di Semenyih? Bertenang dan bertindak waras. Download dahulu PDF file di bawah kalau tak nampak dengan jelas gambar ini. Semak betul-betul kawasan anda.

Gangguan Bekalan Air
Gangguan bekalan air semenyih

DOWNLOAD PDF FILE DI SINI : Kerja-kerja penggantian peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian perkakasan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih akan dilaksanakan pada 9 Oktober 2018 untuk tempoh 12 jam. Kerja-kerja penambahbaikan ini akan menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya. Maknanya, anda yang menetap di Semenyih dan sekitarnya, akan ada gangguan bekalan air di rumah, pejabat dan juga…ha! Masjid dan surau!

Ya! Beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara. Tempoh pemulihan gangguan bekalan air selepas pengoperasian semula loji kepada pelanggan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan.

Jangan risau. Ayuh berganding bahu sediakan payung sebelum hujan. Jadikan semangat kejiranan sebagai kekuatan kita bersama. Ayuh tolong menolong mengangkat baldi dan mencukupkan keperluan komuniti. Dapat pahala bila kita saling bekerjasama bantu membantu.

*Sebanyak 7 Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan beroperasi 24 jam bermula 9:00 pagi, 9 Oktober 2018 bagi sebarang pertanyaan pelanggan dan bantuan bekalan air kecemasan. Lokasi PKS disenaraikan di sebelah dalam jadual ini.

Lihat senarai kawasan terlibat dan tempoh masa gangguan dalam jadual di bawah. Pelanggan yang terbabit dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sebelum 9 Oktober 2018.

DOWNLOAD PDF FILE DI SINI : Kerja-kerja penggantian peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih

Pelanggan juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status gangguan bekalan air dengan menyemak semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor. Ini termasuk laman web kami di www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor, yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Untuk bantuan bekalan air kecemasan, hantar SMS Tanker<Nama><Alamat> ke 15300 atau WhatsApp ke: 019-281 6793 atau 019-280 0919


Syabas kepada anda semua kerana bersatu padu berdepan cabaran ini.

Nota: Kalau dapat cuti, tak tahu nak buat apa di rumah, boleh buat 10 aktiviti di rumah bersama anak dan keluarga ini: https://www.cernaminda.com.my/10-idea-aktiviti-bersama-anak-dan-keluarga-pada-hujung-minggu/

Leave A Reply