DOSH AKAN TURUN SIASAT KES KEMALANGAN MAUT BOMBA

Timbalan Menteri Sumber Manusia; Datuk Mahfuz Omar mengesahkan JKKP (DOSH) akan turun siasat kemalangan maut Bomba tempoh hari. Pasukan JKKP akan bersama-sama mengenal pasti punca sebenar insiden enam anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) yang lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong pada Rabu lalu. Perincian siasatan itu dilakukan jawatankuasa siasatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah kementerian berkenaan bersama-sama pasukan penyiasat Bomba dan PDRM.

siasat kemalangan maut bomba

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya anggota terbabit melaksanakan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi berkenaan. Siasatan kita membabitkan pelbagai aspek terutamanya isu keselamatan pekerja.”

Semangat berkobar-kobar pasukan DOSH untuk turun siasat kes kemalangan maut Bomba ini tercetus dek keseriusan pihak Kementerian mengelak kejadian ini berulang.

“Selain itu, kita juga akan mengenal pasti punca yang menyebabkan kematian enam anggota bomba itu untuk memperbaiki kelemahan supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya. Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) berkata, pihaknya akan melengkapkan siasatan secepat mungkin untuk memperbaiki kelemahan sekiranya ada.

Semalam, portal berita Harian Metro melaporkan JBPM sedang siasat kes kemalangan maut tersebut secara terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar insiden enam anggota PPDA yang lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong pada Rabu lalu.

Laporan Asal: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/483010/jkkp-sertai-pasukan-siasatan-insiden-anggota-bomba-terkorban

siasat kemalangan maut bomba

Kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas

BERIKUT ialah kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas.

6.30 petang

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana selepas menerima panggilan kecemasan berhubung seorang remaja lemas.

8.55 malam

Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), empat daripadanya dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua dari Shah Alam tiba di lokasi mencari dan menyelamat (SAR).

9.15 malam

Pasukan PPDA selesai menyiapkan kelengkapan dan mula turun untuk selaman di lombong bagi mencari mangsa.

– Anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain.

– Tali dihulurkan perlahan-lahan dari tebing ketika pihak scuba merapatkan diri di tempat mangsa jatuh.

– Arus aliran air lombong kuat secara tiba-tiba menarik seorang demi seorang ke dalam arus itu.

9.45 malam

Anggota penyelamat yang berada di tebing berusaha lebih 30 minit untuk menyelamatkan mereka dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR)

9.50 malam

Pasukan perubatan dari Putrajaya yang berada di tempat kejadian mengesahkan enam anggota bomba meninggal dunia akibat lemas

11.30 malam

Enam jenazah anggota bomba dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

 

Leave A Reply