Diskaun Kompaun MBSA 50% bermula 1 Oktober 2018

Berita gembira buat rakyat Shah Alam. MBSA melaksanakan kempen diskaun kompaun MBSA. 50% daripada kompaun yang dikenakan akan diberi pelepasan. Inilah masanya anda semak sama ada masih ada kompaun yang belum dibayar atau tidak.

Berikut adalah laporan Sinar Harian.

Diskaun Kompaun MBSA

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan kempen Diskaun Kompaun MBSA sehingga 50 peratus sepanjang Oktober sempena sambutan ulang tahun bandar raya Shah Alam ke-18.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pelaksanaan kempen selama sebulan bermula 1 Oktober itu adalah inisiatif pihaknya menggalakkan orang ramai menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas diambil.

“Selain itu, Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 dan Undang-undang Kecil Establisymen Makanan (MBSA) 2007,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, turut layak mendapat Diskaun Kompaun MBSA ialah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007, Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007.

Diskaun Kompaun MBSA

Selain itu Shahrin berkata, kompaun tempat letak kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA) juga diberikan pengurangan sehingga RM30 daripada jumlah asal di semua kaunter pembayaran MBSA.

“Bagi menggalakkan orang ramai membuat pembayaran kompaun, MBSA turut menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam ‘On Wheel’ (SAOW) yang akan beroperasi pada setiap Sabtu di pasar raya terpilih di kawasan pentadbiran MBSA.

“Orang ramai juga boleh membuat pembayaran kompaun di kaunter utama di Wisma MBSA, Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning, dan Pejabat Cawangan Setia Alam,” katanya.

Rujuk laman web MBSA

Menurutnya, bayaran bagi kesalahan tempat letak kereta boleh dijelaskan melalui Maybank2U, kaunter Bank Muamalat, kaunter Bank Rakyat dan melalui JomPAY, dengan hanya perlu memasukkan biller code 6726, nombor kompaun pada ‘ref1’ serta nombor telefon pada ‘ref2’,  seterusnya jumlah bayaran.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang mempunyai kompaun supaya mengambil peluang ini untuk menjelaskan tunggakan kompaun masing-masing sebelum tindakan tegas diambil, seperti sekatan urus niaga di kaunter-kaunter MBSA atau membawa tindakan ke mahkamah. Segera percepatkan bayaran sempena Diskaun Kompaun MBSA  ini!

Sinar Harian

Leave A Reply