CMI Meneroka Industri Halal dengan menawarkan Professional Diploma Halal Assurance dengan Pensijilan Kompentasi Halal Eksekutif

Industri Halal semakin mendapat permintaan tinggi dipasaran dalam negara mahupun pasaran dunia. pada tahun 2015 sahaja data menunjukkan dianggarkan sebanyak RM1,012 billion dibelanjakan di dalam pasaran halal, ini merangkumi 11 peratus dari perbelanjaan keseluruhan pasaran global.

Industri halal ini bukan sahaja merangkumi sektor makanan tetapi juga sektor farmaseutikal. Sistem halal juga semakin berkembang pesat seiring dengan peningkatan dan keperluan keyakinan kepada pengurusan halal setiap produk.

Diatas permintaan yang tinggi Cerna Minda Institute telah mula meneroka Industri halal dengan menawarkan pogram Professional Diploma Sistem Jaminan Halal. Program ini adalah kerjasama strategik antara Cerna Minda Institute, UTMSPACE selaku badan yang mengawal selia dan mengiktikraf pensijilan diploma dan Institut Antarabangsa untuk Kajian dan latihan Halal Universiti Islam Antarabangsa (INHART IIUM) untuk pensijilan Halal eksekutif yang diiktiraf JAKIM.

Tandatangan Persetujuan kerjasama untuk Pensijilan Halal Eksekutif Halal JAKIM bersama INHART IIUM

Cerna Minda Institute telah menandatangani persetujuan kerjasama bersama Institut Antarabangsa untuk Kajian dan latihan Halal Universiti Islam Antarabangsa (INHART IIUM) sebuah institut yang diiktiraf JAKIM untuk membolehkan bakal pelajar mendapat pensijilan Kompensasi eksekutif halal yang diiktiraf JAKIM tanpa perlu mengambilnya semula.

Cerna Minda Institute juga sedang meneroka pasaran latihan di timur tengah dengan menawarkan program yang sama.

Usaha ini diharapkan dapat memberi peluang peningkatan kerjaya kepada golongan pekerja yang berminat untuk menceburi di dalam bidang halal eksekutif ini. program ini akan mula ditawarkan pada pengambilan pertamanya untuk ambilan Oktober 2019/2020.

Leave A Reply