Cerna Minda Institute Penaja Utama Asean Robofest 2019

Dalam menyokong perkembangan pendidikan dan latihan kemahiran untuk usaha didalam lonjakkan industri 4.0 Cerna Minda telah bersama sama menyokong dan menaja pertandingan Asean Robofest 2019 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Penggerak Kemahiran Negara pada 30 dan 31 Mac 2019 yang lalu.

Pertandingan ini melibatkan seramai 145 pasukan, 564 peserta, 52 institusi dan 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu

Robo Combat

Robo Sumo

Skill Challenge Mecatronic

Skill Challenge Electronic

Pertandingan seumpama ini adalah usaha mengetengahkan bakat dan kemahiran para peserta dalam bidang robotik yang menjadi tunjang utama industri 4.0.

Penyertaan yang tinggi dan kesungguhan yang ditunjukkan membuktikan usaha semua pihak adalah dilandasan yang betul. ini menambah iltizam Cerna Minda khususnya dalam merangka pogram pogram yang berasaskan industri 4.0 pada masa yang terdekat ini.

 

Leave A Reply