6 PERANGAI SITE SAFETY SUPERVISOR YANG DISUKAI RAMAI

Anda ingin dinobatkan sebagai Site Safety Supervisor yang cemerlang? Hadam elok-elok 6 PERANGAI SSS yang kami senaraikan ini. Dari 6 Perangai, berapa yang dah anda ada dalam diri?

6 PERANGAI SITE SAFETY SUPERVISOR
YANG DISUKAI RAMAI

Site Safety Supervisor

Ramai SSS yang resah dan gelisah setiap kali masuk ke dalam tapak projek. Itu satu hal. Ada juga yang masuk site macam singa nak makan orang. Itu selalu terjadi bila terjumpa masalah di sana-sini di awal pagi. Terus hilang mood sampai ke petang. Muka ketat dan tak boleh nak senyum walaupun sedikit. Jangan dibuat naya nak bergurau dengan SSS yang tengah ‘moody’ sebegini.

Sebenarnya, anda boleh menjadi SSS yang cemerlang tanpa perlu tertekan sepanjang hari. Tugasan sebagai SSS yang memerlukan anda turun ke padang selama 15 jam seminggu ini pasti secara tak langsung akan beri tekanan. Namun, dengan mengamalkan perangai-perangai berikut, anda akan dapat menjalankan tugasan dengan lebih sempurna dan tenang.

6 perangai ini sebenarnya boleh dipupuk. Barulah anda seronok bekerja sebagai SSS. Bermula dengan berasa seronok bekerja, bertukar menjadi penjanaan gaji yang lumayan.

Ya, lah! Majikan mana yang tak suka dengan SSS yang bekerja dengan cemerlang, kan?

1)  MAHIR MENULIS CATATAN DAN LAPORAN. JUGA, CERMAT DALAM BERKOMUNIKASI

Site Safety Supervisor

2) CAKAP SERUPA BIKIN! ANDA BUAT PERATURAN, BERI ARAHAN…ANDA KENA PATUH JUGA. JANGAN MENGELAT!

Site Safety Supervisor

3) SEBELUM MASUK CONSTRUCTION SITE, BUAT DULU HOMEWORK. SEMAK DULU LAPORAN-LAPORAN SEBELUM INI. INGAT NAMA PEKERJA, KALAU BOLEH.

Site Safety Supervisor

 

4) JANGAN BUAT KERJA SEORANG DIRI. AGIHKAN TUGASAN KEPADA PASUKAN YANG ANDA BINA.

Site Safety Supervisor

5) GUNA TEKNOLOGI. CARI APPS UNTUK BANTU ANDA MEREKOD SEGALA PERKEMBANGAN DI CONSTRUCTION SITE. JANGAN DATANG BERLENGGANG

Site Safety Supervisor

 

6) LATIH BERNAFAS DENGAN BAIK. KENA SELALU BERTENANG. KALAU ANDA TAK BERJAYA KAWAL EMOSI DAN MARAH, APA PUN TAK AKAN JADI.

Site Safety Supervisor

 

++++++++++++++++++++++++++

Untuk pengalaman Kursus SSS yang menyeronokkan dan berwibawa?

HUBUNGI KAMI: +60 11-1004 0387
www.cernaminda.com.my/sss

++++++++++++++++++++++++++

KURSUS SITE SAFETY SUPERVISOR
SEPARUH MASA; BERMULA 26 OKTOBER 2018

Pakar-pakar menjangkakan tahun 2019 akan datang dengan membuka lebih banyak projek pembangunan dan kemajuan. Sedar atau tidak sedar, Malaysia sedang memulihkan kepercayaan untuk menarik kembali perhatian pelabur sedunia kepada keupayaan negara kita dalam memacu pembangunan.

Sudah pasti apabila masanya tiba, hanya mereka yang sudah bersiap sedia untuk diberi tanggungjawab ini yang akan dipilih menjadi sebahagian dari projek-projek pembangunan.

Di setiap tapak projek pembangunan nanti, Site Safety Supervisor adalah posisi panas yang sentiasa dicari-cari. Sudahkah anda bersedia dengan segala kelayakan, sijil kompetensi dan pengalaman yang sepatutnya?

Cerna Minda hadir untuk membantu anda melengkapkan diri dengan Sijil Site Safety Supervisor ini yang diiktiraf Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia (JKKP IS 127/682/14-33).

Kursus selama 9 hari (+ 1 hari peperiksaan) ini ditawarkan secara separuh masa. Ini bermakna anda hanya perlu lapangkan hujung minggu selama sebulan setengah sahaja untuk memiliki sijil kompetensi ini.

Laluan anda akan semakin cerah untuk mendaki tangga kemahiran dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini setelah memiliki sijil Site Safety Supervisor ini. Usah berlengah, hubungi kami untuk bertanyakan bagaimana kami mampu membantu anda. Banyak yang boleh dikongsikan untuk mengangkat kemahiran anda ke suatu tahap berbeza.

Kursus Site Safety Supervisor

HUBUNGI KAMI: +60 11-1004 0387
www.cernaminda.com.my/sss

CERNA MINDA
Terbina, Membina
ISO 9001:2015
(Provision Of Management System Consultancy and Training Services)

Leave A Reply