20 Tugas Seorang Safety and health officer atau SHO yang anda perlu tahu

Tugas seorang SHO atau safety officer adalah berbeza bergantung kepada syarikat, organisasi atau keadaan tempat  mereka bertugas. Tetapi ada perkara yang tetap sama bagi semua SHO atau safety officer walau dimana mereka bertugas. Sebagai soerang SHO anda perlu laksanakan semua tugas ini tanpa gagal.

anda tidak melakukan tugas SHO jika anda gagal melakukan salah satu tugas ini.

Artikal ini berkongsi tentang senarai tugas utama seorang SHO atau safety officer yang sama disetiap syarikat atau organisasi tempat SHO bertugas.

 

Ini Adalah 20 checklist tugas SHO  :

 

  1. SHO atau Safety Officer adalah bertanggungjawab memantau dan menilai hazard dan keadaan yang tidak selamat ditempat kerja
  2. Memeriksa dan memantau supaya tempat kerja atau tapak dalam keadan bebas hazard
  3. Membina garispanduan keselamatan atas pemantau dan penilaian yang telah dibuat
  4. Menguatkuasakan garispanduan keselematan
  5. Membuat toolbox Meeting
  6. Memastikan segala undang – undang yang telah digariskan dipatuhi
  7. Melaksanakan kuasa seorang SHO bagi mencegah atau menghentikan sesuatu aktiviti yang dianggap tidak selamat atau menyalahi undang undang.
  8. SHO perlu sentiasa memastikan kesedaran kepada keselamatan ditempat kerja dan senstiasa membuat perancangan untuk kesedaran tersebut ditahap yang tinggi
  9. Memastikan segala pelan, perancangan atau aktiviti organisasi mematuhi piawai keselamatan dalam segala aspek
  10. Menyertai mesyuarat operasi harian supaya dapat menilai atau menekankan isu isu keselamatan dan kesihatan pekerja. Walaupun ia bukan mesyuarat khas tentang keselamatan, amat penting seorang safety officer menyertainya untuk membuat penilaian dan teguran awal jika ada unsafe act.
  11. Membina atau menyemak sentiasa pelan tindakkan kecemasan atau insiden untuk meningkatkan kecekapan.
  12. Membuat siasatan kepada semua kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerja atau penyakit pekerjaan yang berlaku ditempat kerja
  13. Memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa jentera, loji, peralatan, bahan, perkakas atau proses atau apa-apa jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat kerja berkeadaan baik dan selamat
  14. menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
  15. membantu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam mana-mana pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa keberkesanan apa-apa langkah yang diambil bagi mematuhi Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta
  16. sentiasa membuat,memungut dan menganalisa data bagi menghasilkan statistik mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja
  17. Menyediakan laporan bulanan tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Laporan ini mestilah merangkumi
    • apa-apa tindakan yang perlu diambil oleh majikan untuk mematuhi kehendak Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;
    • cara untuk mewujudkan dan mengekalkan keadaan bekerja yang selamat dan sihat di tempat kerja;
    • jumlah dan jenis kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja termasuk jumlah orang yang cedera sama ada melibatkan kecederaan masa hilang atau kecederaan tanpa masa hilang;
    • apa-apa jentera, loji, peralatan, perkakas, bahan atau proses atau jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja dan yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana -mana orang yang bekerja di tempat kerja;
    • apa-apa jentera, loji, peralatan perkakas, bahan atau apa-apa alat pelindung diri yang dikehendaki bagi maksud mengurangkan apa-apa risiko sedemikian;
    • mengesyorkan apa-apa pengubahan yang perlu dibuat kepada struktur atau susun atur tempat kerja bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di dalamnya;
    • apa-apa kerja yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan yang telah dijalankan oleh mana-mana orang, atau kumpulan orang yang diambil kerja oleh majikan untuk menggalakkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
    • apa-apa perkara yang belum selesai yang berbangkit daripada laporan yang terdahulu yang dinyatakan di bawah perenggan (a) hingga (g); atau
    • apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan orang yang bekerja di tempat kerja.
  18. Membincangkan dengan pihak majikan atau pengurusan atas laporan yang dihasilkan
  19. Memastikan laporan yang dihasilkan dan yang dibincangkan disahkan atau ditandatangan oleh majikan atau pengurusan tertinggi
  20. Membuat penyimpanan rekod kepada semua rekod berkaitan dengan sistematik

 

Sebagai seorang Safety Officer atau SHO yang baik anda perlu melaksana semua tugas ini. Anda perlu sentiada meningkatkan kebolehan menilai, merancang, berbincang atau berkomunikasi, anda perlu meningkatkan kemahiran penyususan dokumentasi dan kemahiran pelaporan supaya ia mudah difahami oleh semua pihak berkaitan dan menjadi bahan rujuk pada masa hadapan.

#Duniaosh

#kerjayaosh

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

 

PROFESSIONAL DIPLOMA IN OSH MANAGEMENT BY UTMSPACE dan SHO CERT BY CERNA MINDA SDN BHD

Pengambilan OKTOBER telah Dibuka
EXAM SHO NIOSH 4 KERTAS BERNILAI RM 950 ADALAH DITAJA

Laluan Kedua bagi mereka yang telah bekerja lebih dari 3 tahun tetapi hanya memiliki SPM sahaja terutama mereka yang bekerja berkaitan keselematan dan kesihatan pekerja. Peluang anda untuk meningkatkan diri anda.

Ketahui lebih lanjut di www.cernaminda.com.my/pdoshm

Leave A Reply