10 Idea Aktiviti Bersama Anak dan Keluarga Pada Hujung Minggu

Anda pasti ingin manfaatkan hujung minggu dengan melakukan aktiviti bersama anak dan keluarga, kan?

Kami bantu dengan memberikan cadangan aktiviti yang boleh membantu anda menjadikan hujung minggu sebagai masa berharga yang tidak ternilai. Sebenarnya, orang yang menggunakan hujung minggu secara berkualiti, akan menunjukkan prestasi kerja yang mantap pada minggu ke hadapan. Tak percaya? Cubalah!

MOTIVASI, inspirasi
Give me six hours to chop down a tree and I will spend the first four sharpening the axe.

 

10 Idea Aktiviti Bersama Anak dan Keluarga Pada Hujung Minggu

Anggapkan hari Ahad yang berkualiti sebagai persediaan menjadi pekerja (usahawan/bos/pelajar/guru atau siapa jua anda di dunia ini) yang berprestasi hebat. Oleh kerana anda perlu jadi hebat, maka, jom kita lakukan aktiviti bersama anak dan keluarga ini bersama-sama! Jangan risau, murah-murah saja aktivitinya.

1) Karaoke Bersama Anak-Anak di Rumah!

Ya! Tanpa perlu keluarkan duit dan belanja tambahan, anda boleh jadikan aktiviti berkaraoke lagu kanak-kanak, lagu rakyat, lagu tradisional bersama anak-anak. Tambahkan aktiviti menari dan berlakon gaya mengikut lagu. Anda boleh habiskan masa selama 30 minit berkaraoke. Aktiviti bersama anak dan keluarga ini akan menjadikan anda hilang tekanan secara tak langsung. Lagi seronok, jika anda merakam moment berharga ini.

Lihat contoh video ini:

Kredit: https://www.youtube.com/watch?v=ukD8zj6ngVY

2) Mencuba Masakan Baharu Bersama Keluarga

Buat carian di Google dan kenal pasti secara rawak mana-mana resepi yang anda ingin cuba. Segera pergi ke kedai dan beli barang masak yang sesuai. Aktiviti bersama anak dan keluarga ini perlu dilakukan bersama-sama, setiap pemilihan resepi, bahan dan proses memasak perlu dibahagikan tugasan masing-masing. Selepas siap, makan lah! Kalau tak sedap, sama-sama tanggung ketaksedapan. Aktiviti ini akan latih kita tidak terlalu perfectionist seperti mana sedang bekerja. Ia beri ruang keluar kepada kesibukan kerja dalam kepala.

3) Belajar Buat Origami

Kalau setakat nak buat sampan dan topi tu, senang sangat. Cuba buka buku origami atau google cara nak buat origami. Buat Bunga Tulips ke? Buat Bentuk Arnab ke? Cuba lah apa-apa. Origami adalah suatu aktiviti bersama anak dan keluarga yang menjana fokus dan keakraban. Mana taknya? Ingat senang nak buat origami bunga tulips tanpa terkoyak sana-sini? Kita akan saling bantu membantu menjayakan usaha origami masing-masing

 

aktiviti bersama anak dan keluarga
Anda akan dilihat hebat pada mata anak dan isteri anda dengan melakukan origami

 

4) Basuh Kenderaan Bersama-sama

Anda mungkin ada hanya motorsikal ataupun basikal. Kalau tak ada pun, mungkin anda ada hanya skateboard untuk pergi ke kerja. Jadikan hari Ahad sebagai hari produktif lagi proaktif dengan mengajak anak dan keluarga melakukan aktiviti bersih membersih kenderaan. Kalau nak beri idea bersihkan rumah, mesti tak sanggup kan?

5) Bermain Gunting dan Tampal

Cari surat khabar lama atau majalah bergambar dalam longgokan di stor rumah anda yang dah lama tak kemas tu. Kemudian, ajak anak dan isteri membawanya ke ruang tamu. Sediakan gam, gunting dan satu kertas besar, tak kisahlah kad manila atau kertas mahjong. Buat aktiviti bersama anak dan keluarga ini dengan menggunting gambar dan gam ke kertas. Buat satu cerita yang anda semua ingat. Contohnya; Sebuah babak kelakar anda tak tahan nak buang air ketika beratur membayar tiket nak tonton wayang suatu masa dahulu. Buat kronologi sejak dari awal sehinggalah kepada kejadian tersebut. Pasti menarik!

6) Jom Cabut Rumput!

Tahukah anda, nak mencabut rumput di laman rumah yang sekangkang kera pun boleh mengambil masa sejam dua. Apa kata, kali ini ajak anak dan isteri lakukan bersama. Pasti mereka akan bergembira kerana terpaksa terbongkok-bongkok dan mencabut rumput yang kasar. Penat tu memang penat, tapi, dapat keseronokan bergurau di padang rumput. Kadang-kadang, tak habis pun rumput tu dibersihkan. Buat sikit dah penat dan selebihnya bergurau sahaja.

aktiviti bersama anak dan keluarga
Aktiviti di atas rumput boleh rangsang semangat luar biasa

7) Telefon Saudara-Mara

Buat video call. Telefonlah ibu bapa anda, adik beradik, sepupu sepapat dan kawan-kawan yang anda kenal. Buat senarai 10 orang. Kemudian, telefon dan berguraulah dengan mereka. Ajak anak dan isteri sama-sama enter frame. Kalau pakai Whatsapp Call, taklah kena charge kan?

8) Bersihkan kipas siling atau aircond

Jangan tipu, kebanyakan rumah dalam keluarga yang sibuk, pasti kipasnya berhabuk berinci-inci tebal. Ha! Jangan buat benda lain. Inilah aktiviti bersama dan keluarga yang amat menarik! Ayuh sama-sama bersihkan bilah kipas. Bagi tugasan mengambil air dan membersihkan kain lap kepada isteri dan anak. Kalau boleh, bergilir-gilir memanjat kerusi untuk bersihkan kipas. Ha! Ada berapa kipas di rumah anda? Air cond?

9) Jalan-jalan Sekitar Kawasan Perumahan

Anda menetap di mana? Di banglo, semiD, rumah teres atau rumah flat? Di mana pun kawasan perumahan anda, anda boleh lakukan aktiviti ini. Ajak keluarga ronda-ronda kawasan dengan berjalan kaki. Jangan naik kenderaan mahupun basikal. Jalan kaki dan masuk ke lorong-lorong yang anda tak pernah lalui sekalipun dah 20 tahun menetap di situ. Banyak yang anda akan jumpa. Pokok lah, design rumah lah, itu lah inilah.

10) Baca dan Cerita

Ajak anak dan isteri membaca apa sahaja buku yang ada di rumah. Selepas baca, masing-masing berkongsi apa yang dibacanya. Perlu buat seperti pertandingan membaca. Ceritakan apa yang dibaca secara berdiri dan berhadapan dengan penonton. Siapa penonton? Kalau anda yang bercerita, isteri dan anaklah yang menonton. Kalau anak tak pandai baca? Anda ceritakan dulu kepada anak, biar dia tangkap dan hafal apa yang diceritakan. Lepas tu, biar dia yang ceritakan semula.

aktiviti bersama anak dan keluarga
Jangan terkejut, kalau anda dapat hasilkan buku keluarga dari aktiviti ini

 

 

Eh, perasan tak? Semua aktiviti bersama anak dan keluarga yang dicadangkan ini tak guna kos tambahan pun kan? Eh, ada. Yang no. 2. Itupun sikit sahaja. Bukan banyak pun.

Ha! Dengan 10 aktiviti ini, anda dah bertindak menjadikan minggu hadapan anda lebih proaktif.

Leave A Reply